Sesi Pembentangan Laporan Prestasi Tahunan Staf Pasca Doktoral UTHM

Seramai 3 orang staf Pasca Doktoral UTHM telah diminta untuk membentangkan Laporan Prestasi Tahunan pada 12 Januari 2019 di Bilik mesyuarat RMC. Turut hadir pada sesi pembentangan tersebut ialah Pengarah RMC, penyelia pelajar dan Penolong Pendaftar Kanan RMC. Tujuan diadakan sesi tersebut adalah untuk memastikan staf Pasca Doktoral yang dilantik mencapai KPI yang telah ditetapkan oleh UTHM.