Taklimat Persediaan Data Malaysia Research Assessment (MyRA) 2017 & 2018

Pada 02 Januari 2019 bertempat di Bilik Seminar 1, FKEE, telah diadakan Taklimat Persediaan Data Malaysia Research Assessment (MyRA®) bagi tahun 2017 & 2018. Taklimat telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Khairul bin Ahmad, Ketua Bahagian Strategik dan Pembangunan Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) dan dihadiri oleh ketua dan wakil-wakil dari semua Pusat Tanggungjawab yang terlibat dalam penyediaan data MyRA ®. Objektif utama taklimat adalah untuk memastikan data yang disediakan adalah mengikut glosari MyRA® Kementeriaan Pendidikan Malaysia.