Bengkel Pemantapan Pengurusan dan Penyediaan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) RMC 2019

Bengkel Pemantapan Pengurusan dan Penyediaan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) RMC 2019 telah diadakan pada 24—27 April 2019 bertempat di Hotel Mudzaffar, Melaka. Objektif utama bengkel adalah untuk merangka strategic bagi memantapkan dan menambahbaik pengurusan di RMC serta membincangkan strategi pencapaian dan pelaksanaan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) RMC. Bengkel telah dimulakan dengan aluan oleh Prof. Dr. Mohd Amri bin Lajis, Pengarah RMC dan penyampaian amanat daripada Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) iaitu YBhg. Prof. Ts. Dr. Ruzairi bin Abdul Rahim. Bengkel turut membincangkan Job Description dan penstrukturan semula staf RMC.