Bengkel Semakan Kejituan dan Piawaian Data Malaysia Research Assessment (MyRA®)

Pada 24 Februari 2019 telah berlangsung Bengkel Semakan Kejituan dan Piawaian Data Malaysia Research Assessment (MyRA®) di Bilik Mesyuarat RMC. Bengkel ini dihadiri Prof. Dr. Mohd Shahir Shamsir Omar, Puan Zuraidah Saadan dan Encik Mohamad Fitri Khamis dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) selaku panel yang dilantik. Seramai lebih kurang 30 orang pegawai dari pelbagai Pusat Tanggungjawab selaku data feeder/ owner telah terlibat dalam bengkel ini. Objektif utama bengkel adalah untuk memastikan data yang terkumpul adalah mengikut glosari MyRA® Kementerian Pendidikan Malaysia. Selain memberi kefahaman kepada semua pegawai yang terlibat mengenai Glosari MyRA®, bengkel ini juga merupakan persediaan Universiti untuk program audit dalam MyRA® yang diadakan pada Julai dan September 2019.