BENGKEL SEMAKAN KEJITUAN DAN PIAWAIAN DATA MENGIKUT KEPERLUAN MALAYSIA RESEARCH ASSESSMENT 2019 (MYRA 2019)

UTHM, 10 Ogos – Bertempat di Research Lounge (RL), Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) telah mengadakan Bengkel Semakan Kejituan dan Piawaian Data Mengikut Keperluan Malaysia Research Assessment 2019 (MyRA 2019). Bengkel tersebut diadakan bertujuan bagi mengenal pasti ruang penambahbaikan yang boleh dibuat sebelum penilaian sebenar di peringkat KPT dilaksanakan. Selain itu, ia juga diadakan bagi meningkatkan penarafan MyRA dari semasa ke semasa selari dengan sasaran universiti. Seramai dua (2) orang panel dari UTM iaitu Cik Zuridah binti Saadan dan Encik Chew Teong Han telah dijemput hadir sebagai Panel Penilai MyRA 2019.

FaLang translation system by Faboba