MESYUARAT DAN PERBINCANGAN PEMBANGUNAN LESTARI DAN ECOTOURISM BANDAR MUAR

Muar, 04 November – Bertempat di Pejabat Daerah Muar, telah diadakan satu mesyuarat dan perbincangan berkaitan Pembangunan Lestari dan Ecotourism Bandar Muar. Turut hadir bersama pada mesyuarat tersebut ialah Pegawai Daerah Muar YB. Dato' Haji Mohd Hafiz bin Haji Ahmad dan sekretariat, Provost Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Profesor Madya Ts. Dr. Kamarulzaki bin Mustafa, Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC), UTHM Profesor Dr. Mohd Amri bin Lajis serta Ts. Dr. Nor Azizi bin Yusoff sebagai perunding projek Pembangunan Warisan Bandar Muar.

FaLang translation system by Faboba