Roadshow dan Sesi Latihan Penggunaan Sistem ORKED RMC

JANUARI 2021: Roadshow telah diadakan di atas talian melalui aplikasi Google Meet / Zoom Meeting secara berperingkat bermula dengan FKMP, FSKTM, PPB, PPUK, FKEE, FPTV, FTK, FAST dan FPTP. Roadshow tersebut telah dipengerusikan oleh PM Ir. Ts. Dr. Shahiron Shahidan, Timbalan Pengarah (Strategi dan Pembangunan) RMC. Turut serta ialah pegawaipegawai RMC bersama-sama dengan semua penyelidik dari fakulti-fakulti yang berkenaan. Tujuan roadshow ini diadakan adalah untuk memberi penerangan secara terperinci mengenai fungsi dan cara menggunakan sistem ORKED kepada semua penyelidik.

FaLang translation system by Faboba