Mesyuarat Berkaitan Aktiviti Permohonan Yuran Penerbitan Melalui Dana Penyelidikan UTHM

Pada 13 Januari 2021 telah diadakan mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh Prof. Dr. Mohd Amri Lajis, Pengarah RMC secara atas talian melalui Google Meet. Turut serta ialah wakil-wakil pegawai dari Pejabat Penerbit serta pegawai dan staf RMC dari Unit Pengurusan Data dan Sistem. Mesyuarat diadakan bertujuan membentangkan proses kerja permohonan yuran penerbitan secara terperinci kepada Pejabat Penerbit memandangkan proses kerja tersebut akan diambil alih oleh pejabat tersebut.

FaLang translation system by Faboba