Skip to main content

LATEST NEWS

SESI LAWATAN TAPAK & PEMANTAUAN PROJEK PENYELIDIKAN IMAP FASA 1.0 TAHUN 2024

7 Ogos 2025 | Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) telah mengadakan Sesi Lawatan Tapak dan Pemantauan Projek Penyelidikan di bawah Program Padanan Industri (IMaP) Fasa 1.0 Tahun 2024 bersama Jawatankuasa Induk Penilaian (JIP) KPT.

Lawatan ini merupakan sebahagian daripada pemantauan berkala setiap tiga bulan seperti yang digariskan dalam panduan pelaksanaan IMaP.

Bagi sesi pemantauan bulan ke-6 ini, fokus diberikan kepada pelaporan prestasi projek dan pemeriksaan di lokasi pelaksanaan bagi memastikan kemajuan berjalan mengikut perancangan sehingga tarikh tamat projek.