Webinar Call For Proposals Tübitak-Mse Might Grand Challenge 2025
1 Julai 2025 | Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) UTHM telah menganjurkan satu sesi webinar bersama wakil daripada Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT) iaitu Puan Noran Wahida Jamaludin dan Cik Anis Amirah. Webinar ini memberi pendedahan berkaitan peluang penyelidikan melalui TÜBITAK-MSE MIGHT Grand Challenge 2025.
Sesi ini mendapat penyertaan yang menggalakkan daripada para penyelidik UTHM, dengan perkongsian bermanfaat mengenai garis panduan permohonan dan potensi kerjasama antarabangsa dalam bidang teknologi tinggi.