ANUGERAH BITARA KIRANA UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 2025
11 Ogos 2025 | Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua warga Pejabat Pengurusan Penyelidikan (RMC) yang telah menerima Anugerah Taat Setia, Anugerah Khas PPSM, dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sempena Anugerah Bitara Kirana 2025.
Pengiktirafan ini adalah tanda penghargaan atas usaha gigih, dedikasi, dan komitmen tinggi seluruh warga RMC dalam mengangkat kecemerlangan penyelidikan dan inovasi di UTHM.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk kita semua terus berusaha, mengekalkan budaya kerja yang berkualiti, kreatif, dan penuh integriti demi mencapai visi universiti.