Sesi lawatan tapak dan pemantauan projek penyelidikan di bawah Program Padanan Industri (IMaP) Fasa 1.0 Tahun 2024 telah diadakan di Bilik Mesyuarat 3, Blok A1, Kampus Cawangan Pagoh, UTHM.
Sesi ini turut dihadiri panel jemputan iaitu Profesor Dato’ Dr. Mohamed Isa bin Abd Majid dan Prof. Dr. Norhamidi bin Muhamad yang mewakili Jawatankuasa Penilaian (JIP) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lawatan ini bertujuan menilai perkembangan serta keberkesanan projek-projek penyelidikan yang diluluskan di bawah program IMaP, selain memastikan pelaksanaan kajian selari dengan objektif padanan industri.
- Last updated on .
