Setinggi-tinggi Tahniah!
Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada para penyelidik UTHM yang telah berjaya memperoleh Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) dan Geran Penyelidikan Prototaip (PRGS) bagi tahun 2025, yang dibiayai oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Malaysia.
Sebanyak RM1,475,204.00 telah diluluskan di bawah skim FRGS manakala sebanyak RM 450,420.00 telah diluluskan di bawah skim PRGS ini sebagai pengiktirafan terhadap komitmen dan kecemerlangan penyelidik UTHM dalam memperkukuh budaya penyelidikan dan inovasi berimpak tinggi.
Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin kepada ekosistem penyelidikan dan inovasi yang lestari di UTHM.

- Last updated on .
