Skip to main content

Research Management Centre

YBhg. Prof. Dr. Nafarizal bin Nayan, Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC), UTHM dan seluruh warga kerja RMC hari ini telah menerima kunjungan delegasi dari Bahagian Penyelidikan dan Inovasi (BPI), UiTM Cawangan Selangor (UCS), Kampus Puncak Alam. Sesi perbincangan telah diadakan di Bilik Persidangan RMC, Aras 1, Bangunan Penyelidikan, UTHM.

Lawatan penanda aras tersebut yang diketuai oleh YBhg. Prof. Ir. Ts. Dr. Mohamad Hafiz Mamat, Timbalan Rektor (Penyelidikan & Inovasi), UiTM Cawangan Selangor telah disertai oleh enam (6) pegawai dan (5) lima staf. Lawatan bertujuan bagi melihat secara dekat tadbir urus dan amalan terbaik berkaitan proses pengurusan, pengoperasian penyelidikan, pengurusan kewangan penyelidikan dan pengurusan projek bersama pihak Industri dan komuniti di RMC, UTHM dan BPI, UCS.

Semoga kerjasama yang terjalin ini dapat memberi manfaat kepada kedua-dua organisasi dan diperkukuhkan lagi dengan sesi perkongsian seterunya pada masa akan datang terutama dari aspek pengurusan geran penyelidikan Universiti.

LAWATAN PENANDA ARAS DARI BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI UiTM CAWANGAN SELANGOR KAMPUS PUNCAK ALAM KE PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN RMC UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

  • Last updated on .