Sesi pemantauan projek di bawah Dana National Conservation Trust Fund for Natural Resources (NCTF), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) telah berlangsung pada 29 Januari 2026 (Khamis) bertempat di Taman Negara Johor Tanjung Piai, Pontian, Johor.
Seramai 18 orang wakil daripada Jawatankuasa Teknikal, Jawatankuasa Amanah dan Sekretariat NCTF telah hadir bagi menilai kemajuan pelaksanaan projek penyelidikan yang diketuai oleh Dr. Nor Atiqah binti Norazlimi. Antara yang hadir ialah YBhg. Dato’ Fakhrul Hatta bin Musa, Timbalan Ketua Pengarah PERHILITAN, dan YBrs. Puan Hatimah binti Hamid, Ketua Akauntan NRES.
Turut menyertai sesi ini ialah wakil-wakil daripada Jabatan Perikanan Malaysia, Jabatan Perhutanan Sabah, Jabatan Hutan Sarawak, Sarawak Forestry Corporation, NGO Ecoknights serta kementerian Ekonomi, mencerminkan penglibatan pelbagai agensi dalam usaha pemuliharaan alam sekitar negara.
Sesi dimulakan dengan taklimat projek oleh ketua projek, diikuti kerja lapangan serta pemerhatian burung hijrah di kawasan kajian. Turut hadir ialah wakil Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC), UTHM iaitu Cik Nurul Huda dan Puan Rahmaton, serta pelajar pascasiswazah UTHM.
Sesi pemantauan ini bertujuan untuk memantau kemajuan penyelidikan serta memperkukuh komitmen bersama dalam menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti di Malaysia
.
- Last updated on .
