Skip to main content

Research Management Centre

Sesi Perkongsian Ilmu RMC bertemakan Etika Penyelidikan telah berjaya dilaksanakan pada 9 Februari 2026 bertempat di Big Stage, Aras 2, Perpustakaan Tunku Tun Aminah (PTTA), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Program anjuran Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) ini bertujuan meningkatkan kefahaman penyelidik berkaitan amalan etika, integriti serta tanggungjawab dalam pelaksanaan penyelidikan akademik.

Sesi ini menampilkan penceramah jemputan, Prof. Dr. Norhamidi bin Muhamad dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), yang merupakan Ketua Panel Kluster Teknologi Kejuruteraan bagi Permohonan Dana Penyelidikan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sejak tahun 2017. Beliau telah berkongsi pandangan, pengalaman serta garis panduan berkaitan kepentingan pematuhan etika penyelidikan, tadbir urus dana, integriti data dan cabaran semasa dalam pengurusan geran penyelidikan.

Majlis turut dihadiri oleh wakil RMC termasuk Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan serta para penyelidik UTHM daripada pelbagai fakulti. Perkongsian ini memberi manfaat yang signifikan dalam memperkukuh kesedaran serta profesionalisme warga penyelidik, selaras dengan aspirasi universiti untuk memartabatkan budaya penyelidikan yang beretika dan berimpak tinggi.

RMC Sharing Session 12026

5

  • Last updated on .