Skip to main content

Latest News

Satu sesi perbincangan telah dijalankan bersama pihak industri (Siasitok Sign Language Academy) di Melaka tempoh hari.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir dan memberi kerjasama dalam menjayakan sesi ini.

SESI PERBINCANGAN BERSAMA PIHAK INDUSTRI BAGI GERAN IMAP

  • Last updated on .

Setinggi-tinggi Tahniah!

Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada para penyelidik UTHM yang telah berjaya memperoleh Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) dan Geran Penyelidikan Prototaip (PRGS) bagi tahun 2025, yang dibiayai oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Malaysia.

Sebanyak RM1,475,204.00 telah diluluskan di bawah skim FRGS manakala sebanyak RM 450,420.00 telah diluluskan di bawah skim PRGS ini sebagai pengiktirafan terhadap komitmen dan kecemerlangan penyelidik UTHM dalam memperkukuh budaya penyelidikan dan inovasi berimpak tinggi.

Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin kepada ekosistem penyelidikan dan inovasi yang lestari di UTHM.

2 PRGS 2025 RM 450420.00 

1 FRGS 2025 RM 1475204.00

 

  • Last updated on .

 

Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) telah mengadakan Sesi Taklimat Pengurusan Kewangan yang disampaikan oleh wakil daripada Pejabat Bendahari, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Taklimat yang diadakan di Bilik Persidangan RMC, Aras 1, Bangunan Pusat Penyelidikan ini bertujuan memberi pencerahan dan penyeragaman berkenaan tatacara serta peraturan kewangan universiti kepada warga RMC bagi memastikan pengurusan dana penyelidikan dilaksanakan dengan lebih cekap dan berintegriti.

Sesi ini turut dihadiri oleh En. Lukman bin Muntaha, Pn. Norzana binti Bahari, Pn. Suriati binti Shamsudin, En. Mohd Riziswandi bin Daldiri, Pn. Nur Azura binti Katemon, En. Mohammad Aqmarul Fitri bin Md Sholeh, dan Pn. Nur Liyana binti Jamal.

Melalui taklimat ini, warga RMC berpeluang mendapatkan penjelasan lanjut mengenai pengurusan kewangan projek penyelidikan serta prosedur kewangan yang berkaitan, bagi memperkukuhkan tadbir urus kewangan di peringkat pusat.

SESI TAKLIMAT PENGURUSAN KEWANGAN OLEH PEJABAT BENDAHARI UTHM

  • Last updated on .

Bilik Mesyuarat Ibnu Marwan 1, Aras 8, Jabatan Pendidikan Tinggi, Putrajaya.

Sesi yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) ini menjadi platform penting dalam membincangkan pelaksanaan Kajian Pengesahsahihan Pasaran (Market Validation Study) bagi Cadangan Projek Malaysia Laboratories for Academia-Business Collaboration (MyLAB) 1/2024.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir dan memberi kerjasama dalam menjayakan sesi ini.

Sesi Perbincangan Kajian Pengesahsahihan Pasaran Market Validation Study MyLAB 12024

 

 

  • Last updated on .