25 Julai 2025 – Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) telah menganjurkan satu sesi taklimat berkenaan permohonan Science and Technology Research Partnership for Sustainable Development (SATREPS) bagi tahun kewangan 2026. Taklimat ini diadakan sebagai usaha memperkukuh kerjasama penyelidikan antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Jepun dalam bidang sains dan teknologi.
Sesi ini berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari di Bilik Mesyuarat Utama, PTTA dan telah disampaikan oleh Prof. Ts. Dr. Mohd Khairul Bin Ahmad, yang berkongsi panduan penting dan strategi penyediaan permohonan geran SATREPS.
Taklimat ini turut mendapat sambutan baik daripada para penyelidik dan akademik yang berminat untuk meneroka peluang kerjasama antarabangsa dalam penyelidikan berimpak tinggi.