Skip to main content

LATEST NEWS

PEMBENTANGAN PERMOHONAN BAHARU – GERAN SEPADAN BIL. 5/2025

14 Julai 2025 | Isnin – Satu sesi pembentangan permohonan baharu bagi Geran Sepadan Bil. 5/2025 telah berlangsung dengan jayanya pada jam 2.30 hingga 3.30 petang bertempat di Bilik Taklimat, Aras Bawah Bangunan Pusat Penyelidikan, Blok F6.

Pembentangan ini melibatkan kehadiran Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Geran (BPG), Dr. Saizalmursidi, serta Pegawai Geran bagi bahagian industri dan antarabangsa, Cik Aimi Syahida. Turut hadir ialah penyelidik utama, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Rasidi bin Ibrahim yang membentangkan cadangan projek penyelidikannya.

Sesi ini merupakan salah satu usaha berterusan dalam memperkukuh kerjasama antara institusi dan pihak industri serta memacu pembangunan penyelidikan berimpak tinggi di peringkat nasional dan antarabangsa.

May be an image of 3 people, people studying and text