Skip to main content

LATEST NEWS

BENGKEL PEMURNIAN GARIS PANDUAN ETIKA PENYELIDIKAN UTHM

 

Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan Bengkel Pemurnian Garis Panduan Etika Penyelidikan pada 4 hingga 6 September 2025 bertempat di MITC Hotel, Ayer Keroh, Melaka.

Bengkel ini bertujuan memperkukuhkan dan memperhalusi garis panduan etika penyelidikan universiti agar menjadi rujukan utama kepada para penyelidik.

Bengkel telah dipengerusikan oleh Profesor Ts. Dr. Rabiah binti Ahmad FASc, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), dengan jemputan khas Prof. Madya Dr. John Shia Kwong Siew dari Fakulti Farmasi, UiTM Puncak Alam.

RMC merakamkan penghargaan kepada semua panel yang hadir serta memberikan komitmen dalam memurnikan garis panduan ini demi memperkukuh integriti dan etika dalam penyelidikan UTHM.

 Bengkel Pemurnian Etika MITC Melaka.jpg