Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) telah mengadakan Sesi Taklimat Pengurusan Kewangan yang disampaikan oleh wakil daripada Pejabat Bendahari, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
Taklimat yang diadakan di Bilik Persidangan RMC, Aras 1, Bangunan Pusat Penyelidikan ini bertujuan memberi pencerahan dan penyeragaman berkenaan tatacara serta peraturan kewangan universiti kepada warga RMC bagi memastikan pengurusan dana penyelidikan dilaksanakan dengan lebih cekap dan berintegriti.
Sesi ini turut dihadiri oleh En. Lukman bin Muntaha, Pn. Norzana binti Bahari, Pn. Suriati binti Shamsudin, En. Mohd Riziswandi bin Daldiri, Pn. Nur Azura binti Katemon, En. Mohammad Aqmarul Fitri bin Md Sholeh, dan Pn. Nur Liyana binti Jamal.
Melalui taklimat ini, warga RMC berpeluang mendapatkan penjelasan lanjut mengenai pengurusan kewangan projek penyelidikan serta prosedur kewangan yang berkaitan, bagi memperkukuhkan tadbir urus kewangan di peringkat pusat.