Skip to main content

Latest News

Telah berlangsung Sesi Pembentangan Penilaian Permohonan bagi Projek Penyelidikan di bawah Kerjasama Teknikal dalam Bidang Sains dan Teknologi antara Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Jepun (SATREPS FY2026) bertempat di Everly Hotel, Putrajaya.

Sesi ini diadakan bagi menilai cadangan projek penyelidikan yang berpotensi memberi impak besar dalam bidang sains dan teknologi, selaras dengan usaha memperkukuhkan hubungan strategik Malaysia–Jepun.

Melalui kerjasama SATREPS, Malaysia berpeluang memperluas jaringan penyelidikan antarabangsa, selain mengukuhkan pembangunan ilmu serta inovasi teknologi untuk manfaat bersama.

  • Last updated on .

LATEST NEWS

BENGKEL PEMURNIAN GARIS PANDUAN ETIKA PENYELIDIKAN UTHM

 

Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan Bengkel Pemurnian Garis Panduan Etika Penyelidikan pada 4 hingga 6 September 2025 bertempat di MITC Hotel, Ayer Keroh, Melaka.

Bengkel ini bertujuan memperkukuhkan dan memperhalusi garis panduan etika penyelidikan universiti agar menjadi rujukan utama kepada para penyelidik.

Bengkel telah dipengerusikan oleh Profesor Ts. Dr. Rabiah binti Ahmad FASc, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), dengan jemputan khas Prof. Madya Dr. John Shia Kwong Siew dari Fakulti Farmasi, UiTM Puncak Alam.

RMC merakamkan penghargaan kepada semua panel yang hadir serta memberikan komitmen dalam memurnikan garis panduan ini demi memperkukuh integriti dan etika dalam penyelidikan UTHM.

 Bengkel Pemurnian Etika MITC Melaka.jpg

  • Last updated on .

LATEST NEWS

Lawatan Tapak dan Pemantauan Projek Penyelidikan Program Padanan Industri (IMAP) Fasa 1.0 2024

 

Sesi lawatan tapak dan pemantauan projek penyelidikan di bawah Program Padanan Industri (IMaP) Fasa 1.0 Tahun 2024 telah diadakan di Bilik Mesyuarat 3, Blok A1, Kampus Cawangan Pagoh, UTHM. Sesi ini turut dihadiri panel jemputan iaitu Profesor Dato’ Dr. Mohamed Isa bin Abd Majid dan Prof. Dr. Norhamidi bin Muhamad yang mewakili Jawatankuasa Penilaian (JIP) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Lawatan ini bertujuan menilai perkembangan serta keberkesanan projek-projek penyelidikan yang diluluskan di bawah program IMaP, selain memastikan pelaksanaan kajian selari dengan objektif padanan industri.

LAWATAN TAPAK DAN PEMANTAUAN PROJEK PENYELIDIKAN PROGRAM PADANAN INDUSTRI IMAP FASA 1.0 TAHUN 2024

  • Last updated on .

LATEST NEWS

ANUGERAH BITARA KIRANA UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 2025


11 Ogos 2025 | Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua warga Pejabat Pengurusan Penyelidikan (RMC) yang telah menerima Anugerah Taat Setia, Anugerah Khas PPSM, dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sempena Anugerah Bitara Kirana 2025.

Pengiktirafan ini adalah tanda penghargaan atas usaha gigih, dedikasi, dan komitmen tinggi seluruh warga RMC dalam mengangkat kecemerlangan penyelidikan dan inovasi di UTHM.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk kita semua terus berusaha, mengekalkan budaya kerja yang berkualiti, kreatif, dan penuh integriti demi mencapai visi universiti.

 penerima anugerah bitara

  • Last updated on .