Skip to main content

Latest News

Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) di sesebuah Universiti berperanan untuk memperkukuh sistem pengurusan penyelidikan bagi meningkatkan produktiviti dan kecekapan seterusnya menghasilkan penyelidikan yang berkuatliti. Peranan RMC UTHM amat luas iaitu merangkumi pengurusan geran penyelidikan, strategi penyelidikan, penyediaan data MyRA dan penarafan penyelidikan, pengurusan aset, pengurusan sistem ORKED dan RMS, governan dan kewangan.

Selaras dengan peranan tersebut, RMC dengan kerjasama Pusat Kepimpinan dan Kompetensi (PKK), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan Program Sanggar Lestari 2026 buat julung-julung kalinya diadakan bagi mengukuhkan dan membangunkan modal insan Universiti amnya dan staf RMC khasnya.

Sanggar Lestari merupakan program yang bertujuan menerapkan nilai teras Universiti iaitu Amanah, Profesionalisme dan Inovatif (A.P.I). Nilai teras yang dirujuk ini juga menyumbang kepada misi Universiti iaitu “Menyediakan penyelesaian teknikal untuk keperluan industri dan komuniti berasaskan paradigma tauhid”.

Program tiga (3) hari dua (2) malam ini telah menggunakan perkhidmatan juru perunding pakar : I Smart Training yang berpengalaman di peringkat nasional dalam membantu peserta untuk memupuk semangat kerjasama berkumpulan dan merapatkan jurang antara peserta yang bertugas di peringkat pengurusan yang berlainan. Program ini telah berjaya menyuntik semangat satu pasukan dan memupuk semangat kebersamaan dan pembinaan karakter melalui modul dan aktiviti yang akan dijalankan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Prof. Dr. Nafarizal bin Nayan selaku Pengarah RMC bersama-sama Timbalan Pengarah (Pengurusan Geran), Dr. Saizalmursidi bin Md Mustam; Timbalan Pengarah (Strategi dan Pembangunan), Prof. Madya Ts. Dr. Alias bin Masek dan keseluruhan staf RMC yang telah memberi sokongan bagi memastikan program ini dapat dilaksanakan.

Tahniah dan syabas kepada keseluruhan staf RMC, PKK UTHM dan konsultan i Smart Training yang telah bekerjasama memastikan kejayaan dan kelancaran program.

"the more we know people, the more we connect"

PROGRAM SANGGAR LESTARI PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN RMC 2026

  • Last updated on .

Satu sesi Pembentangan Permohonan Baharu Geran Sepadan Bil. 7/2025 telah berjaya dilaksanakan bertempat di Bilik Taklimat, Aras Bawah Bangunan Pusat Penyelidikan, Blok F6.

Sesi ini melibatkan pembentangan oleh dua orang pemohon geran iaitu:

🔹 Prof. Ts. Dr. Mohd Farhan bin Md. Fudzee (11.00 pagi)

🔹 Dr. Rahayu binti A. Hamid (12.00 tengah hari)

Pembentangan ini bertujuan untuk menilai cadangan penyelidikan yang dikemukakan serta memastikan kesesuaian skop, hala tuju dan impak projek selaras dengan objektif Geran Sepadan.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan sesi ini. Semoga setiap cadangan yang dibentangkan dapat memberi manfaat dan impak yang signifikan kepada pembangunan penyelidikan.

PEMBENTANGAN PERMOHONAN BAHARU   GERAN SEPADAN BIL. 72025

  • Last updated on .

Bengkel intensif ini dilaksanakan bagi membincangkan secara kolektif dan berfokus di antara sesama staf dan pihak pengurusan berhubung mengenal pasti ruang penambahbaikan, penyelarasan rangka kerja dan pengumpulan aduan serta pandangan bagi memantapkan peranan RMC UTHM.

Pengarah RMC, YBhg. Prof. Dr. Nafarizal bin Nayan bersama Timbalan Pengarah (Pengurusan Geran), Dr. Saizalmursidi bin Md Mustam; Timbalan Pengarah (Strategi dan Pembangunan), Prof. Madya Ts. Dr. Alias bin Masek; Timbalan Pendaftar, Pn. Maryam binti Husni dan keseluruhan staf organisasi telah hadir bagi menjayakan program tersebut.

Majlis diserikan lagi dengan dengan kehadiran Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), YBhg. Prof. Ts. Dr. Rabiah binti Ahmad yang berkesempatan berkongsi inspirasi beliau kepada seluruh tenaga kerja RMC. Terima kasih YBhg. Prof.

Semoga melalui platform ini dapat mewujudkan semangat kerjasama di kalangan setiap warga kerja RMC untuk berkhidmat dalam satu pasukan bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja yang dijalankan.

Kegembiraan dan semangat menjiwai/sayang RMC dalam melaksanakan tugas adalah satu keutamaan agar segala kesulitan dalam bekerja dapat ditangani bersama.

BENGKEL SKT MELAKA

  • Last updated on .

Satu sesi perbincangan telah dijalankan bersama pihak industri (Siasitok Sign Language Academy) di Melaka tempoh hari.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir dan memberi kerjasama dalam menjayakan sesi ini.

SESI PERBINCANGAN BERSAMA PIHAK INDUSTRI BAGI GERAN IMAP

  • Last updated on .